Friday, March 18, 2011

Cendol!!!




Ambik kau!! Dah berapa juta saat dah gua tak update blog ni?? Ah malas gua nak kira yang penting sekarang gua nak tulis apa dalam ni?? Gua busy ok.. Chewah ayat macam makcik-makcik pula.

Okla. Sekarang ni gua betul-betul busy dengan projek-projek besar yang ada dekat dunia ni. Macam-macam dan tak boleh nak cerita kat sini. Gua pun jarang-jarang ada kat Malaysia sekarang. Gua banyak ke kutub utara belajar buat cendol. Ok yang tu gua tipu.

Gua ada banyak benda ni nak cerita dekat lu orang dan cerita drama gua pun dah hampir siap. Dalam 98% lagi nak siap. Kalau siap nanti gua pos kat sini. Kah kah kah. Sekali lagi yang tu gua bergurau.
Ok yang ni cerita betul nie. Gua akan pos cerita tu satu hari nanti. Lu tunggu.. Lu tunggu..





NOTANOTI: Sekarang ada dekat Korea. Sejuknya… Gambar cendol diatas menunjukkan kesejukan yang dialami.

Thursday, August 12, 2010

Entry paling tidak berasas!!

Fuyooo.. baru kejap tadi gua bilang dengan jari rupa-rupanya dah hamper empat bulan gua tak update blog ni. Oleh yang demikian, alasan yang paling solid gua boleh bagi, lupa password. – Padahal malas dan banyak kerja.

Sebenarnya gua banyak benda nak cerita kat u oltz ni, -ceewah ayat die cam harem- tapi gua nak cerita sikit-sikit je sebab gua ada masa dalam 198 saat je nak taip semua nie.

Okeh,

Sekarang dah bulan ramadhan. Kepada semua berpuasalah selagi boleh puasa. Itu je kan yang selalu kita dengar. Masa membeli di bazar ramadhan tu jangan ikut nafsu sangat. Tak elok.

Cerita lain..

Tadi gua ada idea nak tulis apa, sekarang dah lupa.

Cerita lain lagi...

Memang sah gua dah lupa..

Ramadhan itu indah. Carilah keberkatan dalam bulan ini. Semoga mendapat rahmat ramadhan. Amin...

Saturday, April 24, 2010

Kampung dan Ultraman

2 minggu lepas gua balik kampong. Balik pun sekejap je tak sampai seminggu. Sebenarnya gua balik bukan ada apa pun, saja terasa nak balik. Tapi balik time-time ni jadi tak best pulak. Semua kutu-kutu tak balik pulak cuti. Jadi, gua ambil keputusan bertapa kat rumah je la siang malam.


Pertapaan gua kat rumah nampak macam sia-sia. Yelah, duduk tengok tv tapi cerita ulang tayang yang tu je. Sampai skrip cerita pun gua dah hafal. Cilakak punya astro.


Ada satu hari tu gua dah tak tau sangat nak tengok cerita apa, jadi gua layan la cerita ultraman. Gua punya layan ultraman ni pun boleh tahan juga syoknya. Sambil layan tu gua makan cikedis super ring. Dah macam zaman tadika dulu dah tengok tv sambil makan cikedis.


Tengah layan ultraman karate tengkok raksasa tu, gua terkenang pula zaman kecik-kecik dulu. Dulu kecik-kecik bila tengok cerita kartun mesti tengok ramai-ramai. Barulah cerita tu jadi sedap lain macam.


Gua ingat lagi dulu, lepas habis tengok cerita kartun je mesti sibuk nak cerita semula. Masing-masing dah tengok tapi nak juga cerita. Sambil cerita sambil buat gaya. Siapa yang jadi raksasa memang kesian. Kena saja kerate tengkok.


Ada seorang member gua ni, dia pernah cerita yang ada pakcik dia kerja dekat pejabat ultraman dekat kolumpo. Itu jam memang masing-masing kagum tak ingat. Member gua cakap pejabat ultraman tu seluruh dunia ada.


Faking, gua kena tipu. Boleh tahan barai juga gua masa kecik-kecik dulu. Mudah sangat nak terpengaruh. Gua tengah nak ingat siapa member gua yang cakap tu. Kalau gua dapat ingat, gua nak tanya pakcik dia dah naik pangkat jadi ultraman belum. Keh keh keh



NOTASINGKAT: Agak-agak berapa gaji ultraman eh?? Gua rasa mau cecah 80 ratus ribu.

Sunday, April 4, 2010

Badrul oh Badrul

Badrul masih termenung jauh di pangkin bawah pokok mempelam siam dihadapan rumahnya. Kelakuannya itu diperhatikan oleh ibunya, mak Piah yang berusia lewat 60-an tetapi masih kuat untuk menyapu halaman rumahnya dan juga masih cekap dalam membuat kuih bahulu.


“Apa yang kau menungkan tu Rul?” Tanya mak Piah sambil tangannya laju menyapu daun-daun mempelam yang gugur.


Sambil menggengam handphone Blue Berrynya, Badrul hanya menghela nafas nya yang panjang seperti ada sesuatu yang ingin diluahkan tetapi tidak berdaya dilakukan olehnya. Mak Piah hanya menggelengkan kepala sambil mengesat peluh tuanya didahi.


“Apalah nak jadi dengan anak teruna aku sorang ni. Dulu elok-elok kerja kat kolumpo berhenti. kan dah susah sekarang. Buat semua benda pun dah jadi tak betul.” Bisik mak Piah didalam hati.


Ibu ayam yang sedang membawa anak-anaknya mencari makan tiba-tiba bertempiaran lari kerana di sepak oleh Badrul.



*** Bersambung....


Nota Kerlip: Ada masa gua sambung. Haha

Wednesday, March 31, 2010

Blank

Gua sekarang tengah hot bercinta dengan buku-buku sebab kerja sekolah gua yang bertambun tu cemas-cemas nak due date dah. Apa cerita orang lain tengah sedap-sedap berpesta masa ni gua sorang-sorang tengah buat kerja sekolah. Gua sedikit jeles.


Cikgu gua ni pun satu. Bagi kerja sekolah melampau-lampau. Macam tak masuk akal. Kucar-kacir gua dibuatnya. Gua tulis panjang-panjang tu agak-agak dia baca ke? Gua sendiri tulis pun tak baca semula.


Harap cikgu faham saya seorang yang rajin membuat kerja last minit.



NOTAKERLIP: Gua nak sambung main game jap.

Thursday, March 18, 2010

Belajar Sains

Masa sekolah rendah dulu subjek yang paling gua minat ialah subjek Sains selepas subjek muzik dengan pendidikan seni. Masa mula-mula masuk darjah 4 tu dalam kepala fikir macam-macam bila dengar pasal subjek Sains ni. Gua mati-mati ingat Sains tu belajar cara nak buat tandatangan. Boleh tahan barai juga gua masa tu. Yalah, bunyi sains-sains tu gua ingat tandatangan sebab gua selalu tengok dan dengar ayah gua tu sain buku rekod kecemerlangan gua. Cilakak, senang nya perasaan kanak-kanak kecil seperti gua ni dipermainkan.

Bila dah belajar tu, gua baru tahu sains ni belajar fasal Flora dan Fauna. Gua sekali lagi konfius, cikgu tiba-tiba tanya gua apa tu flora dan fauna. Gua dengan selamba bangun lepas tu sendiri-sendiri naik berdiri atas kerusi. Cikgu tu ingat gua ni jenis study dulu agaknya sebelum datang sekolah. Cis, semua kelas gua belajar sambil berdiri hari tu.

Gua ingat lagi ada sekali tu cikgu gua cakap pokok pisang ni ajaib sikit. Bila kita tebang atau cantas dia separuh, dia akan tumbuh semula pucuk dia lepas beberapa jam. Gua macam taknak percaya je. Cikgu cakap kalau tak percaya boleh cuba buat kat rumah.

......

Masa perjalanan balik sekolah tu, dalam kepala gua dah aim pokok pisang yang belakang rumah gua tu. Lepas parking basikal Raleigh gua yang warna biru laut bawah pokok rambutan, gua tanggal kasut dan terus masuk rumah ikut tingkap. Masa tu kalau masuk rumah ikut tingkap memang impian seorang remaja macam gua. Mujur mak gua tak perasan, kalau tak mesti gua kena pukul dengan hanger baju.

Dengan baju sekolah dan stokin yang tak tanggal lagi, gua pekena nasi dengan air sirap yang ada biji selasih tu sambil tengok drama. Pergh, memang sedaplah time tu makan nasi lauk kari dengan kentang. Nak-nak pula mak gua yang suap. Masa tu gua makan nasi mak gua suap lagi. Kalau gua makan sendiri, nasi banyak tumpah atas meja dari yang gua makan. Lagipun gua memang tak berapa into makan nasi masa tu. Puas kena paksa baru gua makan.

Lepas je salin baju sekolah tu, gua ambil parang dan selit dekat pinggang. Tengok gaya dah macam Mat Kilau dah. Mujur kain ikat kepala je gua tak jumpa masa tu. Kalau tak, Mc Gyver pun surrender.

Dengan muka bengis, gua pergi belakang rumah gua sambil tangan mengibas-ngibas halau nyamuk. Time tu pembangunan di belakang rumah gua memang mundur sikit. KFC dengan Jusco baru nak merancang jadi agak semak sikit belakang tu. Gua tengok ada 2-3 batang pokok pisang. Zap, gua hayun parang dengan kuat sampai gua terlupa nak baca bismillah. Cis, gua tahu kudrat gua memang tak kuat. Rugi pula tak makan nasi banyak-banyak tadi. Kalau tak mesti sekali cantas dah tumbang pokok tu.

Lima enam kali cuba akhirnya gua berjaya. Tu pun setelah gua ambil jarak sikit sebelum cantas. Gua naik rumah sambung tengok drama melayu sambil baring bawah ketiak mak gua.

.......

Malam tu tengah gua bersuap makan nasi, ayah gua tanya mak gua.

“Siapa yang rajin sangat tebang pokok pisang kat belakang? Pokok tu buah dia baru nak besar sikit.”

Mak gua hanya menggeleng sebab tak tahu siapa yang tebang. Mood gua nak makan nasi malam tu sedikit terganggu. Mujur mak gua tak tahu yang gua buat. Gua pun dengan muka selamba mintak mak gua tambah kuah singgang sikit.


NOTAKERLIP: Gua minta sangat-sangat kat cikgu sains gua jangan ajar gua buat bukan-bukan dah. Gua dah serik kena gigit nyamuk. Lagi satu, memang betul yang cikgu gua cakap tu.

Cerita 2 minggu

Setelah hampir 3 purnama blog Kerlip-kerdip ni tiada entry-entry baru, malam yang sedap-sedap ni gua terasa nak menulis sikit. Gua bukan apa, semenjak dua menjak ni gua sibuk sikit. Bukan sibuk pasal hal-hal sekolah pun, banyak sibuk kelain. Kalau PTPTN tahu ni gua rasa mungkin diaorang sedikit kecewa. Gua apa kisah, loan tu nanti gua bayarlah. Dah la bunga loan PTPTN ni tinggi semacam. Kalau gua sambung sekolah lagi lepas ni gua ingat nak pinjam dengan Ah-Longlah, banyak sikit. Habis..

Cerita lain..

Dua tiga minggu ni macam-macam terjadi. Kerja-kerja sekolah nampaknya makin surut. Semua benda berjalan dengan lancar walaupun ada beberapa perkara tak seperti yang dirancangkan. Harap lepas ni settle semua. Hujung bulan ni gua ingat nak balik kampung. Gajah dengan harimau gua tu mungkin tengah rindu kat gua. Habis..

Cerita lain lagi..

Sebenarnya masa gua tulis entry ni kepala gua sedikit serabut. Macam-macam gua tengah fikir ni. Tapi dengan hati yang selamba, gua taip je entry ni. Sebenarnya ramai juga orang tanya gua kenapa gua suka menulis walaupun tak dapat apa-apa. Gua jawab senang je, gua bukan susahkan orang pun nak tulis-menulis ni. Habis..

Cerita last..

Esok gua ada exam, gua tengok note semua nya gua tak faham. Dah la pemadam gua hilang. Gua nak pergi rembat kat bilik sebelah jap. Mata pensel tekan gua pun tinggal sebatang je lagi ni. Habis..

NOTACIKGU: Gua ingat lagi cikgu Hashim lekuk kepala gua sebab gua tak pandai nak tulis no 8. Gua darjah satu masa tu memang la menulis ada gugup sikit.