Thursday, March 18, 2010

Belajar Sains

Masa sekolah rendah dulu subjek yang paling gua minat ialah subjek Sains selepas subjek muzik dengan pendidikan seni. Masa mula-mula masuk darjah 4 tu dalam kepala fikir macam-macam bila dengar pasal subjek Sains ni. Gua mati-mati ingat Sains tu belajar cara nak buat tandatangan. Boleh tahan barai juga gua masa tu. Yalah, bunyi sains-sains tu gua ingat tandatangan sebab gua selalu tengok dan dengar ayah gua tu sain buku rekod kecemerlangan gua. Cilakak, senang nya perasaan kanak-kanak kecil seperti gua ni dipermainkan.

Bila dah belajar tu, gua baru tahu sains ni belajar fasal Flora dan Fauna. Gua sekali lagi konfius, cikgu tiba-tiba tanya gua apa tu flora dan fauna. Gua dengan selamba bangun lepas tu sendiri-sendiri naik berdiri atas kerusi. Cikgu tu ingat gua ni jenis study dulu agaknya sebelum datang sekolah. Cis, semua kelas gua belajar sambil berdiri hari tu.

Gua ingat lagi ada sekali tu cikgu gua cakap pokok pisang ni ajaib sikit. Bila kita tebang atau cantas dia separuh, dia akan tumbuh semula pucuk dia lepas beberapa jam. Gua macam taknak percaya je. Cikgu cakap kalau tak percaya boleh cuba buat kat rumah.

......

Masa perjalanan balik sekolah tu, dalam kepala gua dah aim pokok pisang yang belakang rumah gua tu. Lepas parking basikal Raleigh gua yang warna biru laut bawah pokok rambutan, gua tanggal kasut dan terus masuk rumah ikut tingkap. Masa tu kalau masuk rumah ikut tingkap memang impian seorang remaja macam gua. Mujur mak gua tak perasan, kalau tak mesti gua kena pukul dengan hanger baju.

Dengan baju sekolah dan stokin yang tak tanggal lagi, gua pekena nasi dengan air sirap yang ada biji selasih tu sambil tengok drama. Pergh, memang sedaplah time tu makan nasi lauk kari dengan kentang. Nak-nak pula mak gua yang suap. Masa tu gua makan nasi mak gua suap lagi. Kalau gua makan sendiri, nasi banyak tumpah atas meja dari yang gua makan. Lagipun gua memang tak berapa into makan nasi masa tu. Puas kena paksa baru gua makan.

Lepas je salin baju sekolah tu, gua ambil parang dan selit dekat pinggang. Tengok gaya dah macam Mat Kilau dah. Mujur kain ikat kepala je gua tak jumpa masa tu. Kalau tak, Mc Gyver pun surrender.

Dengan muka bengis, gua pergi belakang rumah gua sambil tangan mengibas-ngibas halau nyamuk. Time tu pembangunan di belakang rumah gua memang mundur sikit. KFC dengan Jusco baru nak merancang jadi agak semak sikit belakang tu. Gua tengok ada 2-3 batang pokok pisang. Zap, gua hayun parang dengan kuat sampai gua terlupa nak baca bismillah. Cis, gua tahu kudrat gua memang tak kuat. Rugi pula tak makan nasi banyak-banyak tadi. Kalau tak mesti sekali cantas dah tumbang pokok tu.

Lima enam kali cuba akhirnya gua berjaya. Tu pun setelah gua ambil jarak sikit sebelum cantas. Gua naik rumah sambung tengok drama melayu sambil baring bawah ketiak mak gua.

.......

Malam tu tengah gua bersuap makan nasi, ayah gua tanya mak gua.

“Siapa yang rajin sangat tebang pokok pisang kat belakang? Pokok tu buah dia baru nak besar sikit.”

Mak gua hanya menggeleng sebab tak tahu siapa yang tebang. Mood gua nak makan nasi malam tu sedikit terganggu. Mujur mak gua tak tahu yang gua buat. Gua pun dengan muka selamba mintak mak gua tambah kuah singgang sikit.


NOTAKERLIP: Gua minta sangat-sangat kat cikgu sains gua jangan ajar gua buat bukan-bukan dah. Gua dah serik kena gigit nyamuk. Lagi satu, memang betul yang cikgu gua cakap tu.

5 comments:

nurin nunu said...

aku pun igt blaja sains tu blaja sign22..
bapak bodo gila..
:))
:))

kerlip-kerdip said...

kecik lg mmg mudah tertipu.. hahaha

Unknown said...

hahaaha poyo giler!!
teringat zman budak2 dlu,.. yg mudah ditipu,..

Anonymous said...

nak cite lagi...
suke2 >.<

Anonymous said...

Sure a man might visually recognize that a Jennifer Aniston body type is hotter than a Kirstie Alley body type, but there is a LOT more that goes into attraction than just visual appearance. [url=http://www.mulberryhandbagssale.co.uk]Mulberry Bags[/url] His at-bat in the second inning was particularly good, as he worked the count full, then took a defensive swing on a pitcher's pitch on the low outside corner of the plate, and poked the ball into leftfield to drive in the go-ahead run.. [url=http://www.goosecoatsale.ca]canada goose down coat[/url] Iplmdwmmy
[url=http://www.pandorajewelryvip.co.uk]pandora store[/url] Vsfzgtqwt [url=http://www.officialcanadagooseparkae.com]canada goose outlet[/url] bgboyelnz