Friday, February 5, 2010

1 Dedikasi Part 3..

“Baiklah murid-murid, sekarang cikgu nak kamu semua keluarkan 10 batang lidi sahaja. Kalau ada sesiapa yang bawa lidi lebih tu tolong bagi kat kawan-kawan yang tak bawa lidi. Siapa yang tak ada lidi angkat tangan. Jangan takut, cikgu bukan nak suruh baca sifir pun, cikgu nak bagi lidi ni.” Penuh bergaya cikgu Raznah.

Kelas 1 dedikasi riuh seketika. Haikam, Aznor, Saiful, kudin dan beberapa orang lagi murid terkial-kial mengangkat tangan kerana terlupa membawa lidi. Empat sekawan ini adalah rakan baik kepada Hairul. Hairul yang duduk di barisan sebelah mereka bangun sambil membetulkan bajunya.

“Nah ni lidi, ada 20 batang je, Kudin dengan Saiful ko mintak kat makwe aku depan tu.” Kata Hairul sambil mencuihkan bibirnya kearah Ezrin.

“Ah, tak payah. Ni ambil lidi aku ni. Tapi tak cukup lagi 5 batang.” Kata Shamsul seakan dengki terhadap Hairul.

“Siapa lagi ada lebih, tolong bagi dekat Kudin ni.” Jerit Hairul sambil matanya merenung Ezrin. Kamil dengan muka steady nya menghulurkan 5 batang lidinya kepada Hairul supaya memberinya kepada Kudin.

“Lepas ni kau pulang semula lidi aku tu tau. Penat semalam aku cari lidi tu. Takpun kau belanja aku air sirap rehat nanti.” Kata Kamil.

Kudin hanya mendiamkan diri tanda dia masih lagi blur.

Pembelajaran matematik dikelas 1 Dedikasi berjalan lancar. Murid-murid semuanya seronok dapat belajar mengira.

“Lepas ni tak boleh la makcik kantin nak tipu kita. Kita kan dah pandai mengira. Tapi kita pandai sampai sepuluh je. Nampaknya kita kena bawa duit seringgit jelah. Lebih-lebih mana pandai nak kira.” Bisik Kudin kepada Saiful.

“Aah kan. Aku baru nak minta up sikit duit belanja sekolah aku. Plan kita nak hisap rokok kretek lepas sekolah tak jadi lah nampaknya.” Kata Saiful sambil menggaru kepala.

Haikam dan Aznor yang sedang fokus ketika ini sedikit terganggu.

Pembelajaran kira-kira dikelas 1 Dedikasi berakhir dengan bunyinya loceng rehat. Selepas memberi salam, cikgu Raznah pun keluar kelas menuju ke bilik guru secara tergesa-gesa. Mungkin beliau sakit perut kerana makan cekodok Makcik Salmah.

Murid-murid dikelas 1 dedikasi kelam-kabut untuk keluar kelas. Ada juga yang berkelakuan agak sopan kerana cuba mencuri perhatian makwe yang cun dikelas itu, siapa lagi kalau bukan Ezrin. Tetapi memandangkan Ezrin masih lagi tiada perasaan terhadap lelaki, semua itu hanya menjadi sia-sia. Ezrin hanya senyum nipis sambil berlari-lari anak menuju ke tandas. Hendak terkencing jikalau dilihat dari gayanya.

Pelabagai ragam boleh dilihat ketika ini. Ada yang kekantin untuk makan, ada juga yang makan bekal yang dibawa sambil dikecek oleh rakan sebaya. Ada yang berlari sana-sini sambil menjerit tak tentu hala. Ada juga yang mengambil kesempatan bermain kejar-kejar, ada juga bermain rebut tiang.

Pengawas-pengawas sekolah meronda dikawasan sekolah lagak macam polis. Ada yang muka skema, ada yang muka garang tak ingat. Mungkin diaorang dengki melihat keseronokan orang lain. Orang lain sedap-sedap main kejar-kejar, diaorang kena bertugas. Siap main sound-sound lagi. “Tolong jangan berlari. Kalau tak saya saman kamu.”

Ada ke patut, diaorang ingat berlari kena test JPJ ke. Bukan kena pakai lesen pun.

Hairul dan konco-konconya, Haikam, Saiful, Kudin, Aznor, Shamsul dan Kamil berjalan terhenjut-henjut ala rockers menuju kekantin. Mungkin mereka merasakan mereka paling kacak diantara yang ada. Hairul dengan bekal air Vico yang tersangkut dilehernya berjalan mendahului yang lain.

Subjek mereka kekantin adalah untuk membeli keropok lekor dan seperti kebiasaan akan meletakkan keropok didalam kocek seluar masing-masing. Ini adalah sebagai cara untuk mengelakkan keropok mereka ini dikecek oleh rakan-rakan.

Setiap barisan untuk membeli makanan akan dijaga oleh seorang pengawas sekolah untuk mengelakkan murid-murid ini berebut. Muka pengawas-pengawas ni pula memang tak boleh bla. Skema ya amat.

Ada juga murid-murid yang mendapat RMT ataupun Rancangan Makanan Tambahan. Yang tak dapat pun ramai juga yang lepak depan pintu. Manalah tahu ada lebih dapat juga merasa makan percuma. Padahal bukan sedap pun. Makcik kantin yang masak makanan RMT ni memang tak ada jiwa. Mentang-mentanglah makanan tu subsidi kerajaan, ada sahaja cara nak menyelewengnya.

NOTAKERLIP: Terkenang masa darjah 1 dulu. Hahaha

2 comments:

suhairul said...

terbaik lah yo?....ak lg teringat beb...cz kelas ak...terkenang membe2 ak yg x berapa berjaya dan hanya gan benda2 x elok 2...sedih beb...ak doakan aznor, saiful,kudin berubah lah...jauhi benda haram 2...tobatlah cam ak...huhuhuhuhu

Anonymous said...

coit.. teringat zaman sekolah beb.. Tang RMT tu memang igt sgt2.. semua sekolah t masia ade eh RMT??