Wednesday, January 20, 2010

Pelajar Yang Baik

Penatnya aku hari ni. Aku tak tahu kenapa aku penat sangat. Padahal assignment 4 helai je aku buat tadi. Kalau dibuat perkiraan, hanya 30 kilojoule je tenaga yang aku perlukan untuk menyiapkan kerja tu. Mungkin aku tak cukup protein dan vitamin. Mungkin selepas ini aku kena selalu makan nasi briani sama air limau ais.


Berbalik kepada cerita assignment tadi tu, ada dalam 5 ke 6 jenis lagi assignment yang tak siap ni. Aku tak tahu bila aku nak buat. Penat aku fikir. Aku rasa aku nak cipta satu alatlah untuk settle kan semua assignment-assingment aku tu. Bagi tajuk je pastu dalam 5 minit terus siap. Itu jam memang aku suka la kalu dapat assignment. Kalu nak lagi into, aku boleh jual benda tu kat semua student yang ada kat dalam dunia ni. Fuhh… Aku rasa dalam 4 hari aku dah jadi jutawan setaraf dengan Bill Gates, Raja Arab dan Bechkam. Bila dah kaya ni, boleh lah aku beli macam-macam. Kereta yang aku beli mesti kereta yang takde yang kat Malaysia ni. Apa barang pakai kereta Proton, apatah lagi kereta Perodua, nak pandang pun tak ada selera. Setakat Ferrari tu sebelah mata aku pandang. Mungkin aku beli kereta F1 kot. Takpun kereta Jenazah.
Rumah pulak mesti la sama tinggi dengan KLCC. Time tu kompom makwe-makwe macam Diana Danielle beratur nak mintak no telefon. Ah, takde nya aku nak layan. Aku repair mesin basuh lagi into dari aku layan makwe-makwe yang tak boleh harap tu.


Tapi sebelum aku cipta mesin tu, aku kena ambil subjek robotik dengan elektrik magnetik dulu. Subjek tu pulak dah kira hardcore dah tu. Pastu mesti ada jugak assignment. Assignment subjek tu pulak mesti diluar jangkaan aku. Kompom susah. Kalau nak dapat A tu, cari je la orang lain.


NOTAKERLIP: Sumpah saya tak akan nakal lagi berangan tak tentu hala.

No comments: