Monday, January 25, 2010

1 Dedikasi Part 2..

Kelas 1 Dedikasi sunyi sepi. Yang kedengaran hanyalah bunyi-bunyian kunyahan cekodok didalam mulut cikgu Raznah. Kini semua mata tertumpu kepada cikgu Raznah sambil Shamsul cuba membetulkan diriannya. Hendak sahaja dia berlari keluar dari bilik darjah itu.

Dengan muka yang garang sekali, cikgu Raznah menghempaskan rotannya ke meja dihadapannya. Ezrin, selaku penolong ketua kelas dan makwe yang boleh tahan cun didalam kelas itu tersentak mujur tidak melatah kerana mejanya menjadi bahan deraan cikgu Raznah. Lantas cikgu Raznah berkata, “Pandai kamu menjawab ya. Kamu ingat saya ni apa? Saya ni cikgu matematik tau. Kamu jangan main-main dengan saya. Kamu tu dah la sifir dua pun sangkut lagi. Ada hati nak menjawab. Dah, yang lain boleh duduk. Shamsul, kalau kamu mahu duduk, kamu baca sifir 2.”

Shamsul yang ketika itu tersengih-sengih cuba mendapatkan bantuan rakan disebelahnya untuk membaca sifir 2. Hairul yang berada disebelahnya cuba mencari buku tulisnya yang ada sifir dibelakangnya untuk cuba membantu Shamsul. Kamil turut mencari bukunya tetapi cikgu Raznah lebih pantas. Tiba-tiba sahaja Shamsul dan Hairul menjerit. “Adoi!! Cikgu… sakit…” Jerit Shamsul. Cikgu Raznah tanpa segan silunya menarik ‘side burn’ kedua rakan itu. Tergosok-gosok Hairul dan Shamsul kerana kesakitan. Mata Shamsul tetiba menjadi berkilat. Secara tak sengaja, air matanya mengalir. Hairul ‘steady’ je. Mungkin sebelum pergi ke sekolah Hairul pekena telur ayam separuh masak dengan roti canai. Ditambah pula dengan bekal air ‘Vico’ yang dibawanya, tidak mungkin dia akan menangis hanya kerana ditarik ‘sideburn’. “Huh, mujurlah sideburn aku pendek, kalau tak mesti sakit.” Kata Hairul didalam hati. Mujurlah Hairul baru semalam menggunting rambutnya ala-ala Mawi dikedai Man Katun. Kalau tak, mungkin boleh dibuat pertandingan menangis di kelas itu.

Kini formasi mata didalam kelas itu tertumpu dibeberapa bahagian, ada yang memandang kepada Cikgu Raznah, ada yang tergelak melihat gelagat Shamsul, dan ada murid lelaki cuba menanyakan kepada Ezrin kalau-kalau dia tidak ok. Cikgu Raznah terus berlalu dari situ dan bersedia untuk mengajar muridnya mengira tambah-tolak menggunakan lidi.

“Baiklah murid sekalian, bawa tak lidi yang cikgu suruh bawa hari kelmarin?” Tanya cikgu Raznah lemah-lembut. “Sila keluarkan ya, cikgu nak buat inspection sikit. Kot-kot lah kamu bawa lidi yang tak berkualiti.” Gurau cikgu Raznah.

Semua murid kelam-kabut mengeluarkan lidi masing-masing. Ada yang menunjuk-nunjuk kepada rakan kerana lidinya berwarna-warni, ada yang bawa lidi satay, dan ada juga yang menepuk dahi kerana terlupa untuk membawanya. Macam-macam kerenah kanak-kanak ada. Biasalah, budak baru nak naik, bisik cikgu Raznah dalam hati.

Kamil cuba memujuk shamsul. “Weh, tak rock la wei nangis. Kau cakap kau minat kumpulan XPDC, tak brutal la nangis. Cakap nak sunat darjah dua, kalau nangis lagi tak boleh la kita sunat sama-sama nanti. Kau tengok Hairul tu, tak nangis pun”. Pujuk Kamil. Hairul hanya tersengih sambil mengeluarkan seikat lidi pendek-pendek dari dalam beg power rangersnya.

Dengan hidung yang sedikit berair dan tersedu-sedu, Shamsul mengeluarkan lidinya. “Lidi ni ayah aku beli kat pasar malam Gambang tau.” Kata Shamsul bangga sambil mengesat-ngesat hidungnya. “Eleh, tak heran. Lidi ni ayah aku beli kat Kuantan Parade.” Kata Hairul lagi bangga.

***** To Be Continued *****


NOTAKERLIP: Bila nak habis ni? Belajar kira-kira la pulak…

1 comment:

Anonymous said...

sekolah aku dulu pakai daun terup belajor matematik.. cam nak g berjudi aku rasa.. hahaha