Saturday, January 16, 2010

1 Dedikasi

“Bangun… Selamat pagi cikgu..” Laung Ali dengan penuh semangat dan tawaduk sekali sambil memasukkan baju kedalam seluar yang zipnya terbuka sedikit. Mungkin Ali masih belum pandai mengzip seluarnya dengan betul. Murid-murid lain yang sedang huru-hara dalam kelas tetiba tegak berdiri dan diam sambil masing-masing mengemaskan pakaian yang tak serupa baju sekolah tu. Kotor ya amat. Pergi sekolah ke kerja kontrak diaorang ni. Bergema satu kelas apabila darjah 1 Dedikasi yang dihuni oleh 34 pelajar itu dengan penuh berdisiplin memberi salam kepada cikgu Raznah. Sebagai seorang guru Bahasa Melayu yang pernah menjadi johan karaoke di Expo Gambang 3 tahun berturut-turut, Cikgu Raznah dengan ‘steady’ nya menjawab salam anak-anak muridnya sambil mengunyah-nguyah saki-baki cekodok yang dibelinya di gerai makcik Salamah.

“Sebelum duduk, saya nak kamu yang kepala botak dan hidung kemek dibelakang tu baca doa belajar.” Jerit cikgu Raznah penuh sopan sambil rotan ditangannya menuding tepat kearah Shamsul yang ketika itu masih asyik bergurau dengan Kamil dihadapannya. “Errr…errr.. Saya ke cikgu?” Tanya Shamsul terketar-ketar. Lantas cikgu Raznah mengangkat rotannya tinggi sedikit menandakan marah terhadap Shamsul.

“Saya bukan tak mahu baca cikgu. Saya sebenarnya… errr.. errr… Saya cikgu..” Shamsul cuba memberi alasan untuk mengelak membaca doa. Cikgu Raznah sekali lagi mengangkat rotan 90 darjah tingginya sambil mulutnya muncung seperti ikan lumba-lumba. “Kamu nak baca ke tidak? Kalau tak mahu baca kamu berdiri atas kerusi sampai habis kelas saya.” Bentak cikgu Raznah. Boleh tahan garang cikgu Raznah ni. Cikgu Raznah ni selain juara karaoke, beliau juga seorang guru yang mendapat anugerah kecemerlangan disekolah itu. Beliau juga berkebolehan dalam bidang tarian kuda kepang dan mengayam bekas telur.

“Cikgu, saya bukan taknak baca cikgu. Saya sebenarnya tak hafal doa belajar cikgu. Doa basuh kaki dengan doa tidur saya hafal la cikgu. Itupun kadang-kadang tersasul sampai ke doa talkin. Malu la saya cikgu kalau saya baca salah. Nanti apa pulak awek-awek cun kelas ni ngata kat saya cikgu. Cikgu nak saya malu sendiri ke cikgu? Cikgu ni saja la tu nak menjatuhkan imej saya sebagai lelaki paling “smart” dalam kelas ni.” Jawab Shamsul yang bersuara halus dengan kemas sambil pensil di tangannya digigit.

Semua mata tertumpu kepada Shamsul ketika ini. Semuanya tertanya-tanya kenapa Shamsul begitu berani berkata sebegitu kepada cikgu Raznah sedangkan cikgu Raznah adalah cikgu yang paling digeruni di sekolah itu kerana kegarangannya. Adakah Shamsul kini sudah berubah menjadi murid yang nakal? Atau Shamsul berkelakuan begitu kerana Shamsul sudah terjebak dalam masalah disiplin seperti merokok dalam tandas dan membuat lukisan “graffiti” di dalam stor sukan? Semua murid didalam darjah 1 Dedikasi semuanya diam membisu apabila cikgu Raznah menutup mulutnya dengan tangan kerana menguap. Biasalah, juara karaoke mestilah tiap-tiap malam pergi training. Tak cukup tidur la tu.

*** Bersambung***

KUNTA-KINTE: Amacam, Stail tak? Dramatik tak? Gampit…

No comments: