Friday, January 15, 2010

AKU DAN DRAMA

Bermula malam ni aku ingat nak tulis entry blog ni skit-skit je. Agak-agak dalam besar tapak tangan tu kira mujur dah kot. Aku bukan taknak tulis panjang-panjang. Kang bila aku tulis panjang-panjang ada orang suruh aku tulis skrip drama pulak. Aku bukan taknak buat skrip tu, assignment aku yang 2 muka surat tu pun aku tak buat lagi. Apa cerita nak buat skrip drama.


Cerita pasal drama ni kan, aku rasa drama melayu sekarang ni tak ada kualiti la. Bukan aku sahaja cakap macamni, Yusof Kelana pun cakap camni. Satu contoh aku bagi, korang tengok la cerita Roda-rodi Kuala Lumpur tu. Agak-agak korang into lagi ke nak tengok cerita tu? Seingat aku cerita tu dah start main masa aku belum pandai zip seluar sendiri lagi. Klasik gila cerita tu. Atuk-nenek korang pun aku rasa macam nak buang tv kalau tengok cerita tu. Jalan cerita tak ada yang lain. Balik-balik cinta, nangis, cinta, sedih, naik moto saman orang. Dah nama polis trafik mesti saman orang kan. Cilakak. Memang tak boleh bla cerita melayu sekarang ni. Pelakon pulak asyik orang yang sama je. Kadang-kadang boleh tertukar pulak cerita ni dengan cerita lain pasal pelakon sama. Apa barang camtu beb. Rasa nak paranawei penulis skrip tu.


Aku tak bermaksud semua drama melayu ni tak bagus. Tapi kebanyakkannya memang tak best langsung. Daripada aku tengok drama baik aku lastik burung. Kalau lastik cicak lagi into.
Aku rasa aku dah banyak sangat merepek kat sini. Sebelum apa-apa terjadi baik aku stop dulu sebelum peminat-peminat drama melayu cuba membuat rusuhan terhadap aku.


NOTAKAKIPERSEGI: Sejak bila aku jadi pengulas drama ni? Kalau setakat cakap je baik tak payah. Korang ingat senang nak bikin drama? Macam gampit pun ada aku rasa.

1 comment:

Anonymous said...

filem2 pon ko nak komplein nie ape cerita.. ahahha