Tuesday, January 12, 2010

Suatu Pagi

Pagi tadi aku bangun dengan penuh semangat. Sampai rasa macam nak nyanyi lagu Negaraku perasaanku ini. Maybe sebab aku minum tongkat ali sama nasi goreng kampung telur mata malam tadi. Pagi-pagi lagi aku dah bangun walaupun malam tu aku berjaga sampi pagi. Bukan bermaksud aku kerja JAGA tau. Romate-romate aku belum lagi nampak seakan mahu bangkit dalam masa terdekat ni. Kiranya aku la paling hero bangun pagi.

Aku tanpa buang masa kemas-kemas la apa yang patut. Sapu-sapu ape yang perlu. Lap-lap benda yang memang kena lap. Sesudah terasa bilik bersih aku pun mencapai tuala lalu meneruskan perjalanan ke bilik air. Hatiku berdebar juga bila masuk bilik air ni. Aku bukan apa, pagi-pagi yang indah cam ni dengan kicauan burung yang merdu aku taknak la cemari nya dengan carutan yang paling berbisa. Fuh lega. Mujur ada air, kalau tidak tentu aku mendapat dosa paling awal hari ni. Pencarutan aku terhadap pihak-pihak yang terlibat yang menyebabkan krisis bekalan air kat sini tidak menjadi. Aku bersyukur.

………

Bila dah siap-siap, aku pun duduk-duduk sambil fikir masa hadapan. Tiba-tiba aku rasa serba tak kena. Aku duduk rasa tak sedap, baring rasa tak syok. Apa masalahnya pun aku tak tahu. Aku pun tanpa berfikir panjang terus mengenakan baju ala-ala pengurus bank. Zap zap zap, siap. “Kacak juga romateku ini.” Kata roomateku spontan. Aku dalam serba-salah hanya pandang sebelah mata sambil senyum nipis.

……….

Aku masih lagi konfius dengan tindakan aku ni. Betul ke keputusan yang aku plan disaat akhir ni. Aku pun melangkah masuk kedalam. Fuh, dah banyak berubah dalam ni. Dulu aku rasa tak la secanggih ni. Aku pun gerak naik tingkat 4. Letak beg pastu gerak ke pc, bukan nak chatting or update facebook, tapi aku ada misi yang perlu diselesaikan segera. Bila dah dapat nombor aku pun cari diserata rak. Belek-belek lebih kurang pastu aku ambil 5.

Sampai kat meja aku sambung belek lagi. Sambil belek sambil usha makwe yang duduk meja depan. Kadang-kadang makwe tu macam perasan. Aku pun buat-buat la macam tengah hafal sifir 14. Satu persatu aku tengok. Ceh, takde pun yang betul-betul kena dengan jiwa aku. Aku pun dah rasa semacam. Nak balik awal rasa rugi pulak. Makwe depan aku ni macam ada respon je. Aku angkat-angkat kening, dia balas dengan senyuman, aku bubbye-bubbye dia buat muka pelik. Gampit, secara telusnya aku berkata begitu. Rupanya makwe tu senyum kat negro belakang aku. Terasa macam nak karate je mamat negro ni. Tapi tak sampai hati pulak aku. Mak ayah dia dah la jauh. Tanpa membuang masa aku pun gerak turun semula. Pergerakan turun aku terasa perlahan kerana aku masih lagi dalam formasi mengusha makwe-makwe.

Masa tu aku tengok jam digital didinding dah pukul 12. Time tu sangat sesuai untuk aku mengisi perut. Lepas makan aku balik untuk meneruskan subjek tidur aku. Semangat aku masih lagi berkobar-kobar. Seronok dapat tidur sampai ke petang sambil memikirkan balik hal tengah hari tadi. Kalau aku tahu baik aku tido puas-puas kat bilik. Aku pun tak faham kenapa aku boleh buang tabiat nak pergi perpustakaan hari ni. Cilakak. Kalau member aku tahu ni kompom diorang turut berbangga dengan pencapaian aku hari ini. Shuffle sekali…..

NotaKakiPersegi: Seingat aku, last aku pergi library mase sem 2. Itupun aku cari port clear nak tidur sambil dengar lagu dangdut dalam bilik rehat.

1 comment:

Anonymous said...

cemas nak menyesal baca nie.