Thursday, March 4, 2010

Apa cerita?

Bang, ni bayar dulu ke makan dulu? Tanya gua serba-salah. Abang penjaga kaunter hanya menangguk sambil tangannya mencapai pen dan kertas menandakan kena bayar dulu. Pantas pengiraan yang dilakukan oleh beliau. Entah apa formula matematik yang dia guna pun gua tak tahu. Tulisan dia berat nak ke tulisan siam. Gua hanya memerhati sambil tangan gua ready nak keluar kan duit dari dalam poket seluar.

“Lima ringgit lapan puluh sen. Air apa? Sunquik? Seringgit dua puluh sen. Jadinya 7 ringgit je.” Beritahu abang tu.

Gua keluarkan duit cukup-cukup 7 ringgit sambil dalam hati gua ada sedikit carutan. Gua terus ke meja betul-betul depan tv. Sebelah meja gua ada makwe 2 orang tengah makan cendol. Meja sebelah kiri gua ada pekerja kerajaan yang tengah melepak. Gua tengok jam kat dinding. Patut pun perkhidmatan kerajaan macam gampit. Semua pekerja nak mengulor je.

Gua makan nasi berlaukkan ikan singgang, sedikit taugeh goreng kicap dengan sambal belacan cicah timun. Lauk yang ni gua ingat yang paling simple gua pernah makan sepanjang gua menjadi peminjam PTPTN ni. Gua bukan nak jimat, gua tengok lauk semuanya tak boleh blah. Gua rasa kucing pun gerun nak makan.

Dah la air sunquik rasa macam air gula. Sunquik memang tak rasa langsung. Gua minum juga sebab gua tengok yang buat air tadi makwe siam yang boleh tahan merah pipi dia.

Sambil makan tu sempat juga gua ushar-ushar makwe sebelah meja gua. Gua tengok cendol dia, gua rasa macam nak mintak sikit. Dah lama tak kena cendol pulut. Gua pendam kan hasrat gua.

Bila dah sudah makan tu, gua lepak dulu kasi nasi turun sikit dalam perut. Sambil tu gua main-main handphone gua buat-buat macam tulis sms. Padahal gua cek kredit.

Tengah syok-syok lepak tu, baru gua terfikir. Apa hal mahal nak mampus kedai ni. Makan togey dengan timun pun sampai 7 ringgit. Gua dah panas. Gua bangun pastu gua pergi kat kuanter.

Gua tanya dengan muka marah. Mamat siam tu hanya diam. Gua angkat kerusi. Gua baling. Gua tumbuk mamat tu. Gua ambil hasil jualan kedai tu haritu. Gua blah.

NOTAKERLIP: Awas!! Huruf condong menandakan penipuan semata-mata.

No comments: